Friday, August 5, 2016

Ambil Tahu 3: Ubat dan Alergi

Previous Entry: AMBIL TAHU 2: UBAT DAN KEHAMILAN

Assalamualaikum, greetings!

Sesetengah orang akan alergi atau biasa kita panggil "menjadi alah" kepada sesuatu bahan atau benda. Benda ini biasa terjadi. Namun, tidak semua orang akan mendapat tindak balas alergi kepada benda yang sama.

Guys, nak tahu apa itu alergi?

Alergi adalah satu tindak balas tubuh secara berlebihan kepada sesuatu benda setelah dikesan di dalam tubuh. Dalam kata lain, alergi juga adalah tindak balas sistem imun dalam badan kita terhadap benda yang sebenarnya tidak pun membahayakan kita.

Alergi ini biasa dikaitkan dengan alergi makanan. Kadang kala kita mendengar seseorang drp member kita ni alah kepada seafood. Tapi bila kita makan tak ada pula tindak balas alah ke atas kita? Ianya boleh kita katakan "unpredictable".

Bahan yang menjadi alah kepada seseorang biasa dipanggil dalam perkataan khusus iaitu "allergen". Allergen ini boleh menghasilkan tanda-tanda alah sekitanya ianya ditelan. Bukan sahaja apabila ditelan, bahkan bila di hidu dan terkena kulit.

Alergi ubat? Ada ke?

Ye, ade. Seperti mana seseorang itu boleh alergi kepada makanan, alergi kepada logam dan sebagainya, seseorang itu juga boleh menjadi alergik kepada ubat. Namun, bukan semua ubat yang akan menjadi alergik.

Apa yang terjadi jika alergik berlaku?

Punca alergik terjadi adalah sistem imun badan kita. Sistem imun badan kita bertindak sebagai pengawal kita, mengelakkan drp ancaman musuh yang pada kebanyakannya kita tak sedar seperti bakteria, bahan toksik, dan virus.

Alah kepada sesuatu ubat ini mungkin boleh terjadi disebabkan penghasilan suatu antibodi spesifik yang akan melekap pada alergen. Dan kemudian, kedua-dua yang melekap akan mengaktifkan sel-sel imun tertentu dan mengeluarkan histamin dan bahan lain ke dalam darah.

Histamin adalah salah satu bahan utama penyebab terjadinya tanda-tanda alergik. Antaranya ialah:

  1. Kegatalan
  2. Merah-merah pada kulit
  3. Bersin, penghasilan cecair daripada hidung
  4. Mata berair
  5. Sesak nafas
Kalau saya ada tanda-tanda seperti di atas, apa yang perlu saya lakukan?
Kad alahan ubat.
Sumber: myhealh.gov.my

Sila berjumpa dengan doktor atau pegawai farmasi untuk melaporkan dan rujukan kepada doktor. Apabila ianya telah dikenal pasti alergik ubat, doktor/ pegawai farmasi akan mendapatkan KAD ALAHAN UBAT untuk anda. Kad tu warna kuning. Bawa ke mana-mana kad ini. Kad ini menjadi rujukan pegawai kesihatan untuk kes-kes tertentu.

Bagi orang yang alergi, jauhi diri anda daripada allergen untuk mengelakkan tindak balas alergik yang merimaskan terkena sekali lagi. Dan, tiada ubat yang boleh membuang alergik ini. Cuma merawat tanda-tanda alergik seperti anti-histamine (yang menghalang histamin daripada terus menerus bertindak ke atas tubuh dan menghasilkan tanda-tanda seperti di atas.

DONE!

Kredit kepada: 

Previous Entry: AMBIL TAHU 2: UBAT DAN KEHAMILAN

No comments: