Wednesday, July 27, 2016

Ambil Tahu 2: Ubat dan kehamilan

Kredit gambar: pinterest.com
Previous Entry: AMBIL TAHU 1: KEKURANGAN G6PD

Adakah semua ubat tidak boleh diambil oleh wanita hamil?

Tidak semua ubat yang boleh diambil oleh wanita hamil. Kini, terdapat ubat yang dikenalpasti tidak boleh diambil oleh wanita hamil. Sesetengah ubat  boleh digunakan. Ini disebabkan oleh ubat ini mampu memberi kesan sampingan terutamanya kepada bayi di dalam rahim.

Apakah yang terjadi sekiranya mengambil ubat yang tidak boleh diambil semasa hamil?

Antara kesan mudarat bagi sesetengah ubat yang dikenalpasti bahaya kepada kandungan ialah:
  1. Menghalang pertumbuhan fizikal atau organ bayi
  2. Merencat perkembangan mental bayi
  3. Keguguran dan kelahiran pra-matang

Bagaimanakah hal ini boleh berlaku?

Hal ini terjadi disebabkan sesetengah ubat mampu merentasi dan beredar ke kawasan uri dan mampu bertindak ke atas bayi di dalam rahim. Sesetengah ubat juga boleh menyebabkan berkurangnya nutrisi penting yang diperlukan semasa tempoh kehamilan.

Kredit gambar: slideshare.net
Saya kini sedang mengambil ubat herba seperti makjun X. Bolehkah saya terus ambil ubat ini semasa hamil?

Ubat alternatif seperti herba dan homeopati adalah tidak digalakkan untuk diambil sedang kandungan sesetengah produk adalah tidak diketahui kandungannya. Selain itu, kebanyakkan ubatan herba tidak dapat dikenal pasti akan keselamatannya ke atas wanita hamil dan bayi disebabkan kurang kajian mendalam tentangnya.



Bagaimanakah cara mengenal pasti ubat-ubatan yang boleh dan tidak boleh diambil oleh wanita hamil?

FDA telah pun menetapkan pada tahun 2015 untuk menggunakan amalan pelabelan pada risalah dengan menambah bahagian pada risalah ubat pada bungkusan produk seperti Pendedahan Ubat ke atas wanita hamil (pregnancy exposure registry) dan ringkasan risiko (risk summary). Ianya menggantikan sistem yang sedia ada iaitu kategori risiko A, B, C, D dan X untuk kehamilan yang sebelum ini sedia pakai (Sumber: https://www.drugs.com/pregnancy-categories.html)


  1. A – terdapat kajian yang menyatakan tiada risiko ke atas bayi dalam kandungan.
  2. B – tiada kajian ke atas manusia; tetapi kajian terhadap haiwan menunjukkan tiada risiko ke atas bayi.
  3. C – Tiada kajian kes ke atas manusia mahupun haiwan.
  4. D – terdapat bukti kewujudan risiko ubat ke atas bayi; namun, boleh diambil sekiranya manfaat yang diperoleh oleh pesakit lebih besar daripada risiko yang sedia ada.
  5. X – kajian ke atas manusia dan haiwan yang membuktikan ubat ini mempunyai risiko ke atas bayi.
Apakah yang patut saya lakukan?
  • Ambil tahu mengenai ubat-ubatan yang sedang diambil.
  • Bincang dengan pegawai farmasi atau doktor tentang ubat-ubatan yang sedang atau dirancang untuk diambil.
  • Beritahu mereka bahawa anda kini sedang hamil.
  •  Ikut saranan pegawai farmasi dan doktor.

No comments: