Saturday, June 14, 2014

Kempen 5B!! Penting untuk Semua!!

Assalamualaikum,
Salam Sya'ban


Peranan ahli farmasi mula mendapat kesedaran daripada orang awam. Kalau demam ke, batuk sikit2 ke, atau pun ada masalah kesihatan, ahli farmasi mula dirujuk terlebih dahulu. Suka saya ingatkan bhw ahli farmasi adalah kelompok professional yang terdekat dengan orang ramai. Sekiranya keadaan pesakit itu perlu mendapat rujukan doktor perubatan, maka pesakit itu diserahkan kepada doktor.

Ahli farmasi berperanan untuk mengoptimumkan penggunaan melalui cara pengambilan, waktu, pesakit, dos/ jumlah dan saluran yang betul di mana Kementerian Kesihatan Malaysia dalam suatu kempen Kenali Ubat Anda, org ramai telah pun didedahkan mengenai 5B ini atau dlm istilah Inggerisnya dikenali sebagai "The 5 Rights"

1. Pengguna yang BETUL / RIGHT patient
Pengguna perlu memastikan ubat yang diambil perlu ada tertulis nama pesakit itu di label. Jangan berkongsi ubat dengan pengguna yang lain. Mungkin dos atau indication berbeza dengan pesakit itu. Sebagai contoh, pengambilan dos propranolol pesakit A (dengan serangan jantung) mungkin berbeza dengan pesakit B (dengan darah tinggi).
Selain itu, jauhkan kanak2 daripada penggunaan ubat. Sekiranya kanak2 perlu menggunakan ubat, dapatkan pengawasan daripada ibu bapa. Ianya tugas ahli farmasi utk memberi penerangan yg jelas kepada ibu bapa mengenai cara dan dos penggunaan ubat yg betul. Bezakan dan asingkan penggunaan ubat veterinar dengan ubat utk manusia.

2. Ubat yang BETUL / RIGHT drug
Hmmm... sebagai pengguna yg bijak, perlu utk kita memastikan bahawa ubat yg diambil adalah ubat yg betul... Mcm mana kalau kita dapat ubat yg lain drpd yg biasa kita dapat? Pengguna mestilah merujuk semula kepada ahli farmasi atau doktor. Utk orang yg memerlukan cermin mata utk membaca label ubat, pakailah cermin mata atau baca ditempat terang atau minta tolong kepada org yg mampu baca kerana utk sesetengah ubat yang namanya hampir sama. Jika terlepas pndg, mungkin akan membahayakan pengguna! Ataupun penggunaan singkatan mungkin akan jadi misinterpreted!! contoh laa... D/C yang sepatutnya discharge mungkin akan disalah tafsir menjadi discontinue... kan dah jadi masalah... maka, peranan ahli farmasi untuk melabel dengan betul, utk kemudahan pengguna ya.. Sebagai pengguna juga, ambil tahu nama ubat dan fungsinya yg anda ambil atau yang telah dipreskripsikan...haha

3. Cara pengambilan yang BETUL / RIGHT use/route
Baca arahan pada label ubat!! Ini juga perlu untuk pengguna tahu mengenai cara pengambilan ubat. Jika pengguna mengabaikan cara pengambilan ubat, mungkin ubat itu tidak akan berkesan. Sebagai contoh, utk ubat X, jangan hancurkan pil. Oleh itu, janganlah hancurkan pil. Mungkin hancurkan pil boleh menyebabkan kandungannya rosak. Ataupun, untuk losen atau suspension, goncang sebelum guna. Untuk sesetengah ubat, jangan letakkan di bawah cahaya matahari, untuk kegunaan luar dan sebagainya. Kalau label ubat suruh pengguna kunyah, kunyahlah... kalau telan, telanlah... kalau sapu di kawasan yang perlu, maka sapu di tempat yang perlu... kalau tak jelas, tanya la ahli farmasi! Dapatkan khidmat nasihat daripada farmasi mengenai penggunaan ubat... Cara kemasukan ubat mestilah betul, minta nasihat dan demonstrasi ahli farmasi... seperti penggunaan inhaler, ubat melalui liang hidung, dubur atau vagina, atau melalui mata, insulin injection dsb.


4. Masa yang BETUL / RIGHT times
Ambil ubat pada masa yang telah ditentukan. Jika perlu ambil sebelum tidur, pengguna patut mengambilnya sebelum tidur. Lagi, jangan ambilnya sebelum pengendalian mesin/ memandu. Semua arahan waktu pengambilan mesti dipatuhi.
   Pengguna patut tahu masa untuk pengambilan ubat untuk 3 kali sehari, 2 kali sehari, bila perlu, 4 kali sehari, sekali selang satu hari. Tanya ahli farmasi bila waktu yang tepat untuk mengambilnya...
   Kalau tertinggal dos, tanya farmasi apa yg perlu dilakukan... setiap ubat mempunyai tindakan yang berbeza utk dos yang tertinggal... lagi, pengguna juga patut tahu bila perlu diambil sama ada sebelum makan, selepas makan, atau bersama2 makanan?? Ianya penting untuk tindak balas ubat dalam badan!! Jika pesakit yang mudah lupa ingatan, penjaga masa mungkin boleh dicadangkan kepada pengguna, atau memberi penerangan yg jelas kepada penjaga.


5. Dos yang BETUL / RIGHT doses
Cuba cek semula, sekiranya dos yang diperlukan ialah satu sudu teh, adakah ianya menyamai sudu teh di rumah anda? Dapatkan penyukat yang telah laras dari farmasi untuk mengetahui dan mengambil jumlah sebenar ubat itu. Adalah tak digalakkan utk pengguna ambil ubat berlebihan atau dikurangkan dalam sekali pengambilan...


Haa.. itu je la yang boleh aku kongsi kan untuk korang... moga mendapat manfaat insyaAllah....
Wassalam
:)

No comments: