Tuesday, January 14, 2014

ANTIBIOTIK BUKAN JALAN PENYELESAIAN

Assalamualaikum...

Seandainya seorang kanak2 mengalami demam dalam masa 2 ke 3 hari, dan kemudian membawanya pergi berjumpa doktor.
Sumber: cdc.gov
Kes 1
Doktor akan memberikan ubat batuk (guaifenasin), demam (paracetamol), alahan (cetirizine) dan antibiotik (Clamentin/Amoxicillin dan Asid Klavulanik).

Dalam prescription yang telah disebutkan dalam kes 1 tadi, ianya mengandungi ubat antibiotik. Apakah itu antibiotik? Antibiotik ialah ubat bagi melawan dan membunuh bakteria disebabkan jangkitan. Walaubagaimanapun, keadaan kanak2 itu hanyalah demam2 biasa kerana menunjukkan tanda/ simptom demam biasa. Pada kebiasaannya, ini adalah mengakibatkan jangkitan virus yang dikatakan self limited,boleh baik sendiri dengan dibantu oleh sistem imun badan kita. Sedangkan, doktor telah memberikan kepada kanak2 itu antibiotik... Kita pun telah mengenal pasti fungsi antibiotik dan sebab kepada demam

Sebab Demam : Jangkitan virus
Fungsi antibiotik : Membunuh bakteria yang menyebabkan jangkitan
Isu : Adakah antibiotik itu turut membunuh virus?
Idea : ANTIBIOTIK ITU BUKANLAH JAWAPANNYA...
Kesan : Antibiotik yang diberikan kepada kanak2 itu bukanlah membunuh virus dalam badan dan tidak mampu mengurangkan demamnya.

Sumber: www.hse.ie

Suatu lagi isu yang boleh dibangkitkan daripada kes ini, antibiotik tidak membunuh virus yang sebenarnya penyebab kepada demam ini. Tambahan pula, ianya akan menyebabkan rintangan bakteria kepada antibiotik. Pengambilan antibiotik sesuaka hati kepada pesakit (bukan disebabkan jangkitan bakteria) akan menyebabkan suatu transformasi kepada genetik bakteria. Bakteria akan menjalankan mekanisme pertahanan diri bakeria bg melawan antibiotik yang telah diberikan itu... Bakteria itu termasuklah bakteria "baik" yang terdapat dalam badan kita. Namun begitu, bakteria "baik" itu tak selalunya baik, boleh juga bakteria itu menjadi sebab jangkitan sekiranya bakteria itu berpindah ke kawasn dalam tubuh manusia yang lain lau menjadi bakteria yg "jahat"
Contoh: Escherichia coli adalah bakteria yang menetap dalam sistem penghadaman. Namun, seandainya bakteria itu berpindah ke dalam darah, ada potensi utk jangkitan di kawasan perkumuhan air kencing (urinary tract infection).

Sumber: www.uhs.wisc.edu

Sekiranya kanak2 itu menghadapi jangkitan bakteria, yang mana bakteria itu telah kebal daripada Clavulanic acid+amoxicillin, maka pengambilan antibiotik itu tidak lagi berguna utk melawan kangkitan bakteria itu lagi. Itu baru satu antibiotik, Jika kanak2 itu telah mengalami banyak kali demam dan setiap kali demam, doktor pun memberikannya antibiotik, maka, ada kebarangkalian, bakteria telah pun kebal kepada bnyk jenis antibiotik. Kemudian, antibiotik/antibakteria yang ada potensi toksik kepada manusia spt Fluoroquinolone, Vancomycin dan Ethambutol terpaksa diberi kepada kanak2 itu.

Sumber: http://www.microblogology.com/

Sesetengah doktor memberi alasan bahawa ianya adalah untuk sekadar berhati2 kerana memungkinkan ianya adalah jangkitan bakteria. bg memastikan penyakit itu disebabkan jangkitan bakteria, ianya memerlukan ujian klinikal, seperti ujian darah, air kencing, kahak dan lain2 cairan utk disahkan terdapatnya tanda2 jangkitan bakteria.Untuk org yg kebanyakan demam biasa, doktor tidak mengambil sebarang sampel pesakit kan? Tidak boleh sewenang-wenangnya doktor memberikan antibiotik kepada pesakit yg kena penyakit bukan disebabkan oleh bakteria... Itu adalah
MALPRACTICE of doctor!!


Kes 2
Mak Cik A: Doktor, tolong bagi mak cik yang demam ni antibiotik yang "power" punya...

Pelanggan sentiasa berkehendakkan yang ubat yg terbaik. Oleh itu, pesakit yg mengalami penyakit bukan kerana bakteria, mereka mengharapkan bakteria yang paling bagus drpd doktor. Utk doktor yg telah kabur dengan duit, harta dan kaya raya, mereka akan memberikannya antibiotik yang paling berpotensi kepada pesakit. Di sini, ketiadaan peranan doktor iaitu mendidik pesakit, Maka, peranan pharmacist amatlah penting dalam mendidik pesakit terhadap penggunaan antibakteria/antibiotik ini...

Adalah penting untuk pengguna bg mengetahui apa itu antibiotik. Sememangnya antibiotik itu mahal harganya dan kita tidak lah mahu membelanjakan duit kita untuk yang tidak bermanfaat kepada kita. Sebaliknya ianya menambah bebanan kepada kita.

Untuk demam, apa yang perlu kita buat? Sedangkan demam ini "self-limited" kawallah simptomnya seperti demam iaitu mengambil ubat tahan sakit (analgesics) - paracetamol atau ibuprofen, batuk - bromhexine, guaifenasin, ammonium sulfat dan alahan antihistamine - chlorpheniramine, cetirizine, promehazine dsb

dan bukanlah antibiotik seperti Penicillin G, Amoxicillin, Chloramphenicol, Ethambutol, Cephalothin, dsb.

Baca lagi di sini: http://www.cdc.gov/features/getsmart/

Terima kasih, harap kesedaran ini dapat disebarkan dengan luasnya agar tidak terjadi bnyk komplikasi disebabkan ketiadaan antibiotik yang boleh merawat jangkitan atau membunuh bakteria lagi...

Assalamualaikum....

#SalamMaulidalRasul #Sollu'alannabi #Antibioticsisnotforvirus

No comments: