Thursday, March 3, 2011

Diari Prof di FELDA Bukit Bading


Assalamualaikum...haa...di sini prof akan kongsikan diari prof sepnjg di FELDA Bukit Bading...
Sebelum tu, kena perkenalkan 'watak' dan latar tempat dalam cerita ini.

Casted by:
  • Bro. Izdihar Ishak, Deputy Dean Leadership and Student Activity Department CFS IIUM
  • Ustazah Syarifah Hafilah, Program Manager of Kembara Duat
  • Ustazah Nooradillah
  • Ustaz Nadzri, Ustaz Che Abd Majid, Ust Syarif
  • Bro Rizal, Bro Azhar, Sis Noreha, Staff
  • Bro Inamul Hassan, Asst. Program Manager
  • Nadzim, Muiz, Thaqib, Shahidan(Presiden Facilitator Representative Committee), Soleh, Saleh, Usamah, Anwar, Sofi, Syafiq
  • Ain Fatanah, Shafikha, Fatin, and all participants (lupa nama, hehe, sorry)
  • Sir Moharam, and Madam Anisah, my parents
  • Mok Yah dan Pok Sazali, Mak and Bapa Angkat
  • Cikgu Mokhtar, Pak Ustaz Sekolah Imtiyaaz, Raja Moh, Mok Zan, and all pak cik – pak cik and mak cik – mak cik as well as orang – orang kampung FELDA Bukit Bading
  • Bus drivers ( pun lupa nama)
  • Bro Khusairi Izzani, Bro Hafiz Ibrahim, Sis Najihah, Terengganu ambassador (Promoter)
Centre for Foundation Studies International Islamic University Malaysia
Lokasi :Centre for Foundation Studies International Islamic University, Masjid Kampung FELDA
Bukit Bading Ajil Terengganu, Dewan Sivik, SMK Bukit Diman, SAR FELDA Bukit Bading,
Rumah dan warung Mok Yah, Surau as-Syakirin, Kawasan Pengumpulan Sampah dalam
ladang.


25.2.2011, Jumaat

10.00mlm - Berlepas dari UIA..2 bas yg ikut ke sana.. satu bas student, lg satu bas untuk barang2...jauh perjalannnye mengambil masa lbih kurang 6 jam. Penatt (macam prof plak driver bas)...

26.2.2011, Sabtu

05.00 pg - Smpai di FELDA Bukit Bading..angin pagi di situ amat sejuk...huhu..menggigil dibuatnya..kami mengangkat beg masing2 dan berehat di dewan kuliyyah dan rumah musafir diu sebuah masjid. Dikhabarkan Masjid ini adalah masjid FELDA terbaik di Malaysia.

06.00pg - kami bersiap2 untuk solat Subuh. Prof dapat lihat ramai jemaah yg hadir ke masjid pd pagi itu...seperti orang di sini menyambut kami dgn baik..

07.00pg - prof dan para peserta lain diberi taklimat oleh Presiden dan Ketua Program ini.

09.00pg - kami menunggu lama bakal2 ibu bapa angkat datang ke majlis pembukaan dan pengagihan anak angkat. akhirnya pukul 9pg. program pun bermula...setalah  hmpir 45 minit mendengar pengerusi masjid dan pengerusi FELDA memberi ucapan, akhirnya penyerahan keluarga angkat pun bermula,..3 peserta dapat satu keluarga angkat...Prof, Bro Solehuddin dan Bro Thaqib dapat keluarga angkat yg bernama Mok Yah...Nak diceritakan sikit, Mok Yah ni, ada suaminya bernama Sazali (Pok), anaknya nama Asyikin (Tingkatn 4 di SMK Bkt Diman) dan membuka warung di hadapan rumahnya.rumahnya betul2 berada di pintu masuk FELDA Bukit Bading.

(Dari kiri) Prof bersama Mok Yah dan Bro Thaqib dan Bro Solehuddin

09.45pg – Mok Yah membawa kami ke rumahnya. Kami bersiap2 untuk aktiviti seterusnya. Nak describe rumahnya, em...besar, dah renovate dr rumah asal.

10.00pg – Gotong royong masjid pun bermula. Kami mengemas semak samun di sekeliling kaw masjid. Pengalaman pertama prof menaiki lori dan masuk ke dalam ladang kelapa sawit. Nebeng rasanya prof masuk kedalam ladang. Jalannya berbatu, terhentak – hentak, tapi best...di samping itu, prof sempat berkenalan dgn 3 org anak2 penduduk di situ. Setelah penat balik dari ladang kelapa sawit untuk membuang kayu kayan dan sampah sarap, saya bersama beberapa kawan yg lain duduk bersama seoranfg pak cik, mendengar celoteh pak cik tentang sejarah FELDA Bukit Bading dan sedikit pesanan daripadanya.

Prof, Bro Hasan, Bro Ihaqib bersama 2 anak kampung berada dalam lori Cikgu Mokhtar
12.30ptg – Kami pulang ke rumah keluarga angkat, menikmati makanan tengahari yg disediakan oleh Mok Yah sendiri, : Ratprik, Kari Telur dengan Terung, Sayur Campur dan ikan bakar, Kami makan bersama2 pok dan mok kami. Selepas itu, kami bersiap2 untuk sembahyang jamak Taqdim Zuhur dan program yg setrusnya

02.30ptg – Program tautan kasih pun bermula. Perjalanan dari rumah ke rumah dan menghulurkan sedikit bantuan kpd golongan yg memerlukan amat memilukan hati prof. Ada ibu tunggal, sakit, bapa tunggal, kanak2 yg cacat.Program ini memberikan kesedaran kepada prof bahawa pentingnya Allah menyuruh kita supaya bersyukur atas nikmat kurnianNya. Setelah penat menjelajah 12 buah rumah, prof dan kawan2 berehat.

Bro Inamul Hasan (kiri) memberikan sedikit titipan kepada seorang warga tua.

07.15mlm – Kami bersembahyang maghrib berjemaah bersama – sama di masjid. Selepas itu Ustaz Nadzri memberikan sedikit tazkirah di masjid. Tazkirah ustaz yg begitu berhikmah mengenai sunnah Rasulullah dan kesyukuran amat menarik minat saya. Lagipun, prof tak pernah lagi mendengar Ust Nazri memberi tazkirah ataupun ceramah. Kemudian, solat Isyak berjemaah.

09.45 mlm – Sesi suai kenal / taaruf bersama pemimpin kampung pun bermula. Pengerusi masjid dan penolong pengarah pengurusan FELDA hadir memberi sedikit ucapan selamat datang dan terima kasih. Selain itu juga, mereka turut memperkenalkan FELDA Bukit Bading, struktur pentadbiran di situ dan Masjid di situ. Majlis itu dipengerusikan oleh Encik Khairil, wakil MBFM. Dalam ucapan mereka, selain mendapat anugerah Masjid terbaik FELDA, malah FELDA terbaik di Malaysia.

11.00mlm – Kami pulang ke rumah dan mok kami menghidangkan nasi goreng ayam di warungnya. Tidak hairanlah ramai yg bertandang ke warung Mok Yah. Selain lokasinya sesuai di laluan org ramai, masakannya yang begitu sedap menarik perhatian lebih ramai pengunjung untuk makan di situ. Selepas itu, prof berbual – bual sekejap bersama mok sambil menonton TV. Kemudian kami tidur.

27.2.2011, Ahad
05.00 pagi – Pagi lagi kami bangun awal untuk solat Subuh berjemaah dan malangnya, prof sedikit terlewat dan ditinggalkan oleh kawan prof. Namun, prof bernasib baik kerana terdapat surau berdekatan yg boleh prof pergi. Ada hikmah disebalik kejadian ini. Di situ, prof dapat berkenalan dgn lebih lagi org2 di surau.

07.00pg – Pagi itu, kami dipecahkan kepada dua bahagian. Prof masuk dalam Team B. Team pergi ke SK Landas untuk program motivasi dan Team B ke masjid untuk meneruskan gotong royong kerana malam itu masjid mengadakan Majlis Sambutan Maulidurrasul. Kami, Team B membangunkan khemah, menyusun kerusi, mengecat pagar, dan membersihkan laman surau. Setelah penat bergotong royong, kami pulang ke rumah. Sekali lagi, mok menyediakan makanan tghari untuk kami.

12.00tgh – Selepas kami makan, kami berehat, sementara menunggu solat Zuhur masuk dan mengerjakan solat jamak taqdim.

Tahsinul Quran di Sekolah Agama Rakyat
02.30pm – Kumpulan yg sama, Team B pula ke Sekolah Agama Rakyat dan Team A pula ke masjid untuk menyambung kerja kami sejak pagi tadi. Di SAR, program tahsinul Quran dijalankan. Sekolahnya tidak seberapa besar, tapi payah nak handle pelajarnya. Budak-budak lah katakan... Prof bersama-sama Bro Thaqib membimbing pelajar sekolah itu untuk membetulkan bacaan al Fatihah. Walaupun keadaan agak kacau kerana murid – murid bermain2 dan bercakap semasa Ustazah Adillah memberi penerangan kepada mereka, namun kami dapat mengawal mereka dengan menawarkan mereka hadiah. Siapa yg diam, yg dengar ustazah kata, dia la yg akan dapat duit dari abang...haha...objektif kami di sini untuk memperbetul bacaan al Fatihah yg menjadi bacaan mereka dalam solat, pengajian al Quran dan sebelum memulakan pelajaran akhirnya terlaksana. Alhamdulillah..

Sebelum program tahsinul Quran dan gotong royong


04.00ptg – Kami pulang ke rumah dalam keadaan yg agak penat. Di samping menghadapi kesulitan mengawal pelajar di sekolah tadi, kepanasan di waktu petang juga menjadikan prof berasa penat. Kai diingatkan supaya datang ke masjid pada pukul 6.30 ptg untuk program Maulidurrasul. Kami pulang untuk bersiap siap.

06.50ptg – Kami datang ke masjid terus makan yg dimasak tengahari tadi. Daging lembu kari, ikan kering dan sayur. Amat 'menyelerakkan'..hehehe...

07.20mlm – Azan maghrib pun berkumandang. Kami bersiap sedia untuk bersembahyang Maghrib di Masjid. Selepas itu seorang ustaz jemputan memberi ceramah mngenai Sunnah Rasulullah. Sungguh ramai yg hadir ke majlis ilmu pada masa tu. Org2 kuat FELDA turut hadir di majlis itu.

Bergambar bersama pemimpin FELDA di masjid


09.30mlm – Sembahyang Isyak berjemaah.. Kemudian kami mengemas kerusi, dan sampah sarap di sekitar masjid. Selepas itu kami juga membedal kuih muih yg tidak habis semasa maulidurrasul tadi. Presiden memberi sedikit briefing selepas itu, tentang hari esok dan kami pulang ke rumah keluarga angkat masing – masing untuk tidur.


28.2.2011, Isnin

05.30pg – Pagi itu prof berasa begitu mengantuk sekali. Sembahyang subuh di masjid, kemudian kami anak2 angkat keluarga Mok Yah makan sarapan Nasi Minyak di warungnya sebelum ke program yang seterusnya. Prof berharap agar pada hari ini, prof dapat pengalaman yg lbih dan amat berharga drpd semalam.

08.00pg – Kami berkumpul di Masjid. Team A pergi ke SMK Ajil manakala, team prof, Team B ke SMK Bukit Diman untuk program motivasi.

08.30pg – Sesampainya team B di situ, kami disambut meriah oleh pengawas sekolah SMK Bkt Diman dan bersalaman dengan mereka. Kami duduk di atas pentas dan majlis pembukaan program motivasi pun dimulakan dengan ucapan Pengetua SMK Bukit Diman.Diikuti ucapan Ustazah Hafilah, sebagai pengurus program ini. Setelah panjang lebar ucapan tadi, sesi taaruf fasilitator pun bermula. Kami memperkenalkan diri masing – masing dan semasa prof memperkenalkan nama prof ramai yang ketawa kecil kerana salah seorang pelajar di sini namanya sama dgn prof.

Ustazah Syarifah memberikan cenderamata kepada Pengetua SMK Bkt Diman

09.30pg – sesi pertama pun bermula.kami membahagikan kumpulan. Satu kumpulan, 2 fasilitator. Prof dan Bro Syafiq sekumpulan. Pada sesi pertama, kami diberi masa untuk sesi taaruf dgn ahli kumpulan. Kemudian, aktiviti yang seterusnya, peserta atau ahli kumpulan diberi 30 btg straw dan 20 belon untuk dibina atas kreativiti mereka sendiri. MasyaAllah, prof kagum melihat mereka membina kapal, pada asalnya idea yg biasa2 aje iaitu membina sebuah piala. Selain itu, prof gembira melihat kerjasama yg dibimbing oleh kami.Dikhabarkan sekolah mereka lemah dari segi mentaliti dan akademik, namun mereka terdapat kekuatan dari segi aspek yg lain.

11.00pg – Kami berehat.

11.30pg – Sesi yg kedua pula bermula, iaitu ceramah motivasi, oleh Ust Hadi. Hal yg menariknya dalam ceramah Ust Hadi ini ialah beliau menggunakan minda untuk memotivasikan diri setiap pelajar. Di samping itu, mentol digunakan dalam ceramah menarik minat lagi para peserta ke arah memotivasikan diri mereka.

2.00ptg – Tamat program tersebut. Susah untuk kami melepaskan mereka. Kami bersalaman dengan mereka dan ada yg meminta agar kami datang ke sini semula pada lain waktu. Kami makan tengahari dan bersiap sedia untuk program yg seterusnya, sukaneka. Kami terpaksa rush untuk ke Dewan Sivik di Felda Bukit Bading untuk program sukaneka.

3.00ptg – Setelah semua persiapan sukaneka selesai, acara pun bermula. Acara membawa bola ping pong memulakan sukaneka, diikuti dengan baling bila, menyambut belon air, memancing botol, boling kelapa, mengasingkan kacang dan sebagainya. Sukaneka bertambah meriah apabila Kak Ain Fatanah dan Bro Soleh mengacara sukaneka tersebut. Sambutan sukaneka amat menggalakkan. Pada mulanya, prof risau jika org kampung tidak hadir ke siukaneka tersebut. Rupa – rupanya, keluarga – keluarga angkat turut hadir ke aktiviti tersebut. Tidak lupa juga Mok Yah turut hadir memeriuahkan majlis tersebut. Setelah tamat sukaneka, kami pulang ke rumah untuk mengerjakan solat asar jamak ta'khir.

05.30ptg – Program seterusnya iaitu futsal. Oleh sebab terlalu mengantuk, prof tidak dapat menyertai pasukan UIA melawan remaja Felda. Prof hanya duduk di tepi menyokong pasukan UIA sahaja. Ustaz Nadzri, Ustaz Che Majid dan Ustaz Syarif serta Ust Azhar turut hadir ke perlawanan futsal tersebut. Selesai sahaja perlawanan yg dimenangi oleh UIA, kami pergi ke dewan untuk persiapan malam penutupan program Kembara Duat. Semasa kami membuat persiapan, perlawanan pasukan sister UIA dan wanita Gabungan Peneroka Wanita berlangsung. Tak tau ape citer sister, sape menang?

07.00mlm – Kami pulang untuk bersiap – siap untuk majlis penutupan dan bersembahyang jamak Taqdim maghrib.

09.30mlm – Majlis penutupan pun bermula. Oleh sebab prof dah lama tak jadi emcee mlm ni prof jadi emcee(pengacara majlis). So, tergagap sedikit lah prof dibuatnya. Bro Thaqib pula memainkan wataknya sebagai pendekar dalam sketsa yg dipersembahkan dalam majlis tersebut. Manakala, Bro Soleh pula mempersembahkan lagu nasyidnya. Malam penutupan dimulakan dengan bacaan al fatihah dan alunan suci ayat al Quran yg dibaca oleh Bro Usamah seterusnya, ucapan wakil program manager, Ustaz Che Abd Majid, wakil ibu bapa angkat, presiden FRC atau wakil student CFS IIUM dan akhirnya ucapan perasmian penutup oleh Pengarah Pengurusan FELDA. Seterusnya, event diteruskan dengan sketsa, penyampaian hadiah, nyanyian nasyid oleh Bro Soleh, Bro Hafizi dan Ustaz Che Majid, dan nyanyian ala – ala Faizal Tahir, En Khairil. Semasa event tersebut, hadirin menikmati laksa yg disediakan oleh mok kami, Mok Yah.Anugerah kpd ibu yg sporting dan bapa yg caring turut dianjurkan dalam majlis tersebut.Anugerah mama sporting disandang oleh Raja Moh (Keluarga Sis Shafikha) manakala papa caring pula Pengerusi Masjid itu sendiri iaitu pak Yakob (Keluarga Sis Ain Fatanah). Majlis itu akhirnya ditutup dengan bacaan doa penutup oleh Bro Anwar.

11.50mlm – Kami mengemas dewan.

12.00mlm – Setelah penat seharian melakukan aktiviti, prof pun tidur.

1.3.2011, Selasa

06.00pg – Seperti biasa, kami bangun pagi dan solat Subuh di masjid. Hari ini hari terakhir bersama keluarga Mok Yah. Pagi itu, sekali lagi Mok Yah menyediakan nasi minyak, sarapan kami. Kemudian kami meluangkan masa yg sedikit ini untuk berborak. Sepanjang hari kami berada di rumah keluarga angkat, kami kurang meluangkan masa bersama keluarga angkat dan inilah kesempatan kami untuk bermesra bersama ibu dan ayah angkat (anaknya pergi ke sekolah). Selepas itu kami bersiap – siap untuk pulang dan pok dan mok hntr kami di depan Pejabat FELDA. Sebelum kami bertolak pulang, kami smpat bersalaman dan bergambar bersama. Di samping itu, Pengarah Pengurus FELDA memberi ucapan terima kasih dan harapan kepada pihak UIA.

09.30pg – Kami pun bertolak pulang. Tapi sebelum tu kami berjalan pusing – pusing di Kuala Terengganu. Kami sempat singgah di Kampung Losong untuk membeli keropok lekor dan losong. Kemudian kami berjalan – jalan ke Pasar Payang dan Masjid Kristal. Nak beli ole – ole untuk dibawa pulang, tapi, apakan daya dalam dompet cuma ada RM5!!! xpe la..hehehe...xde rezeki bleh wat pe kan.

1.00ptg – kami singgah di Masjid Kristal dan bersembahyang Zuhur di situ.dan kami meneruskan perjalanan balik kami ke Petaling Jaya.

9.30mlm – kami sampai ke UIA dan terus mengadakan post mortem dan feedback. Tapi sebelum tu kami sama-sama lelaki dah buat feedback dalam bas sebelum smpai.

12.00mlm – Post mortem dan feedback selesai (macam biasa la, kalau FRC buat post mortem mesti mengalahkan ceramah 2 jam hehehe.....)


Itulah diari prof sepanjang prof berada di FELDA Bukit Bading. Segala kebaikang datang daripada Allah SWT dan kesalahang dtg drpd saya sendiri, oleh itu, prof minta maaf sekiranya ada salah dan silap prof sepanjang progreng dan diari prof di atas.

Thank you kepada org2 yg namanya disebut di atas.
Prof nok tulis ape lg? Penat doh prof nulih ni..Len kali la plok....hehe...salam... :)

2 comments:

taro said...

dak2 muda dah leh handle event yg agak mantap dri segi insaniah,,hehe,,power r kau muiz,,-azwan 5a1-

cwwm said...

hehehe.....thanks azwan...